Sunday, May 18, 2008

Kerabu ManGGa Muda

Kerabu Mangga Muda
BAHAN-BAHAN :
2 cawan mangga muda yang dihiris halus
1/2 cawan kelapa parut yg di goreng
2 camb udang kering - ditumbuk
3 biji bawang merah - dihiris
5 biji cili padi - dihiris
1 camb gula melaka
1/2 biji limau nipis - diambil airnya
2 camb sos ikan
Caranya :
Gaulkan ke semua bahan hingga sebati dan hidangkan.

KERABU TOMATO

KERABU TOMATO

Bahan-bahan :
3 biji tomato- potong dadu
2 biji cili merah-tumbuk (kalau nak pedas lebihkanlah cili)
telor dadar- potong dadu
sedikit belacan
gula & garam secukup rasa
segenggam ikan bilis- goreng & tumbuk
4 ulas bawang merah-mayang

Cara-caranya:-
gaulkan semua bahan2 diatas hingga sebati dan bolehlah dihidang.

KERABU MEMPELAM


KERABU MEMPELAM besT!!

Buah mempelam - dikupas dan dihiris memanjang
Kacang Tanah - goreng tanpa minyak dibuang kulit dan ditumbuk
Ikan bilis - goreng dan tumbuk tapi tidak hancur
cili padi dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan kedalam bekas dan gaulkan kemudian rasa garamnya. Bolehlah dihidang dan makan dengan nasi atau dimakan begitu saja

kalau nak lagi sedap...tambahkan 2 - 3 ulas bawah merah (dimayang halus) dan sedikit kicap sotong

Sunday, May 11, 2008

PAI APRICOT


PAI APRICOT

Bahan-bahannya:

75 gm marjerin PLANTA - [dibahagi tiga]
75 gm pastri marjerin
225 tepung gandum
2 sudu besar air
1 sudu besar jus limau
Garam secukupnya

Untuk intinya:

750 gm buah apricot- dipotong-potong
Gila secukupnya
Sedikit air

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan tepung gandum dengan garam.
  2. Gaulkan tepung dengan pastri marjerin dan air limau sehingga lembut.
  3. Canai doh dalam bentuk memanjang. Sapukan bahagian atasnya dengan satu bahagian marjerin PLANTA. Lipat tiga.
  4. Canai lagi dalam bentuk memanjang dan sapukan bahagian atasnya dengan satu bahagian marjerin PLANTA. Ulangi proses ini sehingga habis marjerin PLANTA.
  5. Akhir sekali bahagi doh kepada dua. Canai kedua-duanya dalam bentuk bulat dan sama ukurannya. Sejukkan selama satu jam.
  6. Ambil satu daripada doh dan letakkan sebagai pelapik acuan pai. Tuangkan buah apricot, gula dan air.
  7. Ambil satu lagi doh dan tutupkan bahagian atas acuan. Kemaskan bahagian tepinya.
  8. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 20 - 25 minit. Enak dimakan bersama ais krim.

Dalca

Dalca Maksu Taman Muhibbah alor StaR

BAHAN-BAHAN:

300 gm daging cincang
100 gm kacang dal - direndam dan direbus hingga empuk
200 gm bunga kobis
200 gm kacang panjang
1 batang lobak merah
200 gm rempah campur
sedikit air
1 biji kentang
3 biji cili merah (dibelah dua)
10 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sm halia (ditumbuk)
1 sm kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis
4 biji buah pelaga
150 gm serbuk santan S&P (1 liter air)
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

CARA: Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
Masukkan bancuhan rempah campur, kacang dal, daging dan kacau hingga rata.
Kemudian masukkan santan, lobak merah, kentang, bunga kobis dan masak hingga setengah empuk. Sesuaikan rasa garamnya.
Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, kacang panjang dan masak hingga pekat.

KeK CoklaT kukuS Nur sha`iDa WahinA my studen't


bahan-bahan

1 cawan gula ( gula halus )
1 cawan minyak masak
3/4 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar bikarbonat
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam
telur 2 biji

cara-cara
1. pukul telur dengan gula sampai sebati
2. bancuh koko dengan air suam
3. masukan semua bahan satu persatu
4. kacau sebati
5. kukus dengan api sederhana.

Sunday, April 27, 2008

POTATO BREAD


POTATO BREAD

( 20 biji roti)

Bahan-bahan :

500 gm tepung roti (high Protein) ) A
7 gm garam halus )

50 gm gula kaster )
10 gm susu tepung (tanpa lemak) )
8 gm instant yeast/24 gm wet yeast ) B
50 gm telur )
220 + gm air ais )

15 gm mentega tanpa garam / margerin )
15 gm lemak sayur ) C
100 gm ubi kentang (isi) )
** kalau tiada lemak sayur bolehlan gunakan 30 gm mentega

Bahan inti:

1 tin kecil sardin
1 ½ biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 biji cili merah
gula, garam dan minyak secukupnya

PERSEDIAAN

1. Buang kulit ubi kentang dan timbang 100 gm. Potong dan rebus/ kukus hingga lembut dan lenyek semasa masih panas.
2. Ayak tepung roti dan gaul bersama garam
3. Campurkan bahan B semua bersama-sama

PERATURAN

1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, dan gaul. Kalau nampak keras, bolehlah tambahkan air sedikit-sedikit.
2. Gaul dan uli hingga licin
3. Masukkan bahan C dan uli sehingga doh boleh ditarik senipis kertas.
4. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik atau kain lembab dan rehatkan doh sehingga ia naik 1.5 kali saiz asal (kira-kira 40-60 minit)
5. Keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada 20 biji setiap biji 50 gm
6. Bulat-bulatkan satu-satu dan cubit ke arah menutup dasar
7. Doh ditutup dengan plastik dan rehatkan 5 minit lagi (Bench time)
8. Tekan doh dan keluarkan angin
9. Bungkus inti satu-satu. Cubit kearah dasar
10. Susunkan doh di atas dulang yang sudah disapu lemak dan ditutup dengan plastik. Rehatkan lagi hingga ia naik 2 kali ganda daripada saiz asal
11. Sapu campuran telur (1 biji kuning telur + 1 sudu besar besar air) dan bakar dengan suhu 190oC selama 10~12 min.

Resepi ini telah diguna pakai semasa saya mengikuti kursus roti,kek dan biskut di bawah pimpinan Mr. AKIRA MARUYAMA dan Ms. YOKO TANAKA (Sukarelawan Jepun, JICA)

Disediakan oleh:

PN. ROSNIZAH ISMAIL