Sunday, April 27, 2008

POTATO BREAD


POTATO BREAD

( 20 biji roti)

Bahan-bahan :

500 gm tepung roti (high Protein) ) A
7 gm garam halus )

50 gm gula kaster )
10 gm susu tepung (tanpa lemak) )
8 gm instant yeast/24 gm wet yeast ) B
50 gm telur )
220 + gm air ais )

15 gm mentega tanpa garam / margerin )
15 gm lemak sayur ) C
100 gm ubi kentang (isi) )
** kalau tiada lemak sayur bolehlan gunakan 30 gm mentega

Bahan inti:

1 tin kecil sardin
1 ½ biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 biji cili merah
gula, garam dan minyak secukupnya

PERSEDIAAN

1. Buang kulit ubi kentang dan timbang 100 gm. Potong dan rebus/ kukus hingga lembut dan lenyek semasa masih panas.
2. Ayak tepung roti dan gaul bersama garam
3. Campurkan bahan B semua bersama-sama

PERATURAN

1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, dan gaul. Kalau nampak keras, bolehlah tambahkan air sedikit-sedikit.
2. Gaul dan uli hingga licin
3. Masukkan bahan C dan uli sehingga doh boleh ditarik senipis kertas.
4. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik atau kain lembab dan rehatkan doh sehingga ia naik 1.5 kali saiz asal (kira-kira 40-60 minit)
5. Keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada 20 biji setiap biji 50 gm
6. Bulat-bulatkan satu-satu dan cubit ke arah menutup dasar
7. Doh ditutup dengan plastik dan rehatkan 5 minit lagi (Bench time)
8. Tekan doh dan keluarkan angin
9. Bungkus inti satu-satu. Cubit kearah dasar
10. Susunkan doh di atas dulang yang sudah disapu lemak dan ditutup dengan plastik. Rehatkan lagi hingga ia naik 2 kali ganda daripada saiz asal
11. Sapu campuran telur (1 biji kuning telur + 1 sudu besar besar air) dan bakar dengan suhu 190oC selama 10~12 min.

Resepi ini telah diguna pakai semasa saya mengikuti kursus roti,kek dan biskut di bawah pimpinan Mr. AKIRA MARUYAMA dan Ms. YOKO TANAKA (Sukarelawan Jepun, JICA)

Disediakan oleh:

PN. ROSNIZAH ISMAIL

No comments: