Sunday, April 27, 2008

POTATO BREAD


POTATO BREAD

( 20 biji roti)

Bahan-bahan :

500 gm tepung roti (high Protein) ) A
7 gm garam halus )

50 gm gula kaster )
10 gm susu tepung (tanpa lemak) )
8 gm instant yeast/24 gm wet yeast ) B
50 gm telur )
220 + gm air ais )

15 gm mentega tanpa garam / margerin )
15 gm lemak sayur ) C
100 gm ubi kentang (isi) )
** kalau tiada lemak sayur bolehlan gunakan 30 gm mentega

Bahan inti:

1 tin kecil sardin
1 ½ biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 biji cili merah
gula, garam dan minyak secukupnya

PERSEDIAAN

1. Buang kulit ubi kentang dan timbang 100 gm. Potong dan rebus/ kukus hingga lembut dan lenyek semasa masih panas.
2. Ayak tepung roti dan gaul bersama garam
3. Campurkan bahan B semua bersama-sama

PERATURAN

1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, dan gaul. Kalau nampak keras, bolehlah tambahkan air sedikit-sedikit.
2. Gaul dan uli hingga licin
3. Masukkan bahan C dan uli sehingga doh boleh ditarik senipis kertas.
4. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik atau kain lembab dan rehatkan doh sehingga ia naik 1.5 kali saiz asal (kira-kira 40-60 minit)
5. Keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada 20 biji setiap biji 50 gm
6. Bulat-bulatkan satu-satu dan cubit ke arah menutup dasar
7. Doh ditutup dengan plastik dan rehatkan 5 minit lagi (Bench time)
8. Tekan doh dan keluarkan angin
9. Bungkus inti satu-satu. Cubit kearah dasar
10. Susunkan doh di atas dulang yang sudah disapu lemak dan ditutup dengan plastik. Rehatkan lagi hingga ia naik 2 kali ganda daripada saiz asal
11. Sapu campuran telur (1 biji kuning telur + 1 sudu besar besar air) dan bakar dengan suhu 190oC selama 10~12 min.

Resepi ini telah diguna pakai semasa saya mengikuti kursus roti,kek dan biskut di bawah pimpinan Mr. AKIRA MARUYAMA dan Ms. YOKO TANAKA (Sukarelawan Jepun, JICA)

Disediakan oleh:

PN. ROSNIZAH ISMAIL

KEK CIFFON


KEK CIFFON PISANG
(1 biji kek – acuan 21cm)

Bahan-bahan:

100 gm kuning telur (size B – 6 biji)
80 ml minyak jagung
15 ml jus limau
160 gm pisang emas
130 gm tepung super fine
1 sudu teh serbuk penaik
30 gm kas-kas biru
240 gm putih telur
120 gm gulakastor
secubit garam halus
½ sudu teh cream of tartar

** Lenyek pisang emas dan campurkan jus limau

KEK CIFFON NESCAFE

(1 biji kek – acuan 21cm)

Bahan-bahan:

100 gm kuning telur
80 ml minyak jagung
85 ml air sejuk
11/3 sudu besar nescafe (7gm)
125 gm tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
240 gm putih telur
135 gm gula caster
secubit garam halus
½ sudu teh cream of tartar

** Ambil sedikit air dari 85 ml dan cairkan nescafe

PERSEDIAAN

1. Bahagikan kuning dan putih telur dengan baik. Putih telur perlu dimasukkan ke
dalam mangkuk yang kering. (Telur mestilah sejuk)
2. Ayak tepung bersama-sama serbuk penaik
3. Panaskan oven ke 180oC
4. Acuan tidak perlu disapu minyak

PERATURAN

1. Membuat adunan kuning telur
- kacau kuning telur dan masukkan minyak sedikit-sedikit sambil dikacau
- masukkan pisang dan kas-kas atau air nescafe dan kacau sebati
- masukkan campuran tepung dan kacau sehingga rata

2. Membuat adunan putih telur (meringue)
- masukkan secubit garam dan cream of tar-tar dan pukul sedikit
- masukkan gula ke dalam putih telur dan pukul dengan speed sederhana hingga
kembang dan menjadi keras
- kalau pukul telur dengan tangan atau hand mixer perlu dimasukkan gula
sedikit-sedikit (3 kali)

3. Campurkan adunan kuning dan putih telur
- masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kacau sebati
- masukkan baki adunan putih telur dan kacau dengan sepatula dari bawah ke atas
hingga adunan putih telur tidak nampak
- tuang adunan ke dalam acuan dan bakar selama kira-kira 45 minit (suhu 180 oC)
- selepas masak terbalikkan dan sejukkan. Selepas sejuk baru boleh dikeluarkan
dari acuan dengan cara mengaut.

Nota :

Resepi ini telah diguna pakai semasa saya mengikuti kursus roti, kek dan biskut dibawah pimpinan Mr. AKIRA MARUYAMA dan Ms. YOKO TANAKA
(Sukarelawan Jepun, JICA)

Disediakan oleh:

PN. ROSNIZAH ISMAIL

Udang Goreng Asam


Bahan bahanya :

600gm Udang besar
2camca besar Asam jawa, dicambur dengan
4camca besar Air, ditapis
1camca the Garam
½ camca the Lada sulah
½ camca the Gula

1½cawan Minyak sawit Sri Murni
1biji Timun, dihiris


Cara

  1. Bersihkan udang, buang kaki dan matanya, biarkan berkulit.

  2. Perap udang dengan bahan A selama 15 minit.

  3. Panaskan minyak SRI MURNI dan goreng udang diatas api yang sederhana. Selama 5 minit atau hingga udang masak

  4. Angkat dan tuskan

  5. Hias dengan timun dan hidangkan.

Nasi Ulam Negeri Sembilan


Bahan bahanya :

1kg Nasi putih, disejukkan

A

10 ulas Bawang merah }
3 batang Serai }
3 biji Cili merah }dikisar halus
2 biji Cili hijau }
1camca besar Belacan }

5 camca besar Minyak Sawit Sri Murni
3 camca besar Serbuk ikan masin (yg dipanggang & dikisar)
1 camca besar Serbuk lada hitam
750ml Santan pekat
Garam dan air limau kasturi secukup rasa

B

3 papan Petai }
1 ikat Ulam raja }
1 ikat Daun selom } dihiris halus
1 ikat pucuk pegaga }
3 helai pucuk kaduk }

Cara - caranya

  1. Panaskan Minyak Sri Murni dan tumis bahan A hingga wangi .

  2. Masukkan serbuk ikan masin, lada hitam, santan garam dan air limau kasturi.

  3. Masak hingga mendidih dan masukkan nasi .

  4. Gaul hingga sebati dan kering .

  5. Ketepikan dari api dan sejukkan .

  6. Kemudian masukkan bahan B Dan gaul hingga rata.

  7. Hidangkan.

Rendang Minang


Bahan bahanya :

1 kilo Daging bahagian punggung di potong mengikut saiz yang anda suka, cuci dan toskan
250ml Minyak Sawit Sri Murni


Bahan-Bahan Rempah

15 tangkai Cili kering
10 biji Bawang merah
5 biji Bawang putih dikisar
6 cm Halia halus
4 cm Lengkuas
3 batang Serai

3 biji bawang besar dihiris halus
3 helai daun Salam
3 biji Kelapa (ambil santan pekat 750ml)
Garam secukup rasa
Air jika perlu


Cara-Cara

  1. Panaskan minyak goreng hirisan bawang besar dan daun salam sampai kuning

  2. Tumis bahan kisar sampai masak dan masukkan ketulan daging dan biarkan mereneh

  3. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dansampai menjadi rendang

Saturday, April 26, 2008

PAJERI NENAS/TERUNG


Bahan-bahan :
1 biji Nenas / 3 biji Terung
1 bks Rempah Kari Daging
4 camca Kerisik
2 cm Halia }dikisar halus dan sedikit dimayang untuk menumis.
5 ulas Bawang Merah }
2 ulas Bawang Putih } " " "
Sedikit Santan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit udang kering
Sedikit minyak dan daun kari

Cara Membuatnya :
**Rempah dicampur dengan bawang merah,bawang putih dan halia bersama sedikit air dan juga kerisik.
**Panaskan periuk,tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia bersama daun kari.

**Kemudian masukan rempah tadi dan biarkan sehingga masak,kemudian masukan santan dan juga sedikit gula mengikut citarasa anda.

**Kemudian masukan nenas/terung yang dipotong bulat(nenas)/panjang(terung panjang) bersama dengan udang kering dan biarkan sehingga pekat.Kemudian bolehlah dihidangkan.

TELUR GORENG BERINTI


Bahan-bahan :
6 biji Telur ayam
50 gm Kelapa parut
2 batang Daun bawang
3 biji Cili hidup
5 ulas Bawang merah
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
**Pukul telur sehingga kembang,masukan sedikit garam,kelapa parut,daun bawang,cili hidup dan juga bawang merah.

**Panaskan minyak kemudian masukan telur,biarkan sehingga masak kemudian hidangkan.

AYAM MASAK TOK


Bahan-bahan :
1 ekor Ayam
2 batang Serai }dimesin halus
2 cm Lengkuas } "
10 ulas Bawang Merah } "
2 labu Bawang Putih } "
2 cm Halia } "
50 gm Kerisik } "
1 biji Santan Kelapa
20 tangkai Cabai Kering ]dimesin bersama lada hitam
5 gm Lada Hitam ] "
Sedikit garam Cara Membuatnya :
**Ayam digaul bersama bahan-bahan yang dimesin tadi,masukan ke dalam kuali bersama santan.Masakan di atas api yang sederhana.
**Biarkan sehingga mendidih dan kering.Apabila sudah kering,bolehlah diangkat dan dihidangkan.

DAGING MASAK PADANG



Bahan-bahan :
600 g Daging Lembu
20 tangkai Cili Kering{dimesin}
3 batang Serai "
2 cm Lengkuas "
2 cm Halia "
2 kuntum Bunga Cengkih{bahan untuk menumis}
2 kuntum Bunga Lawang "
2 biji Buah Pelaga "
4 ulas Bawang Merah "
2 ulas Bawang Putih "
Sedikit halia dimayang "
Sedikit kulit kayu manis
1/2 biji Santan Kelapa
Sedikit Gula
Sedikit Minyak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
**Daging dipotong dan dibersihkan.Tumiskan bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis,bawang merah,bawang putih dan halia.
**Biarkan sehingga menjadi kuning.Selepas itu masukan bahan-bahan yang dimesin bersama dengan daging yang dipotong tadi.

**Selepas itu masukan santan.Biarkan mendidih dan menjadi hampir pekat.Kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.

RESEPI KAK WAN-MEE HAILAM ABADI


BAHAN BAHANNYA:
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus 'baby corn'
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato
  • Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
CARA MEMBUAT
  • Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  • Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  • Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.
  • Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa).
  • Masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis.
  • Masukkan pula sawi dan mee.
  • Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  • Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  • Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.
  • Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.
SELAMAT MENJAMU SELERA

SAYUR LEMAK PUCUK MANIS


BAHAN-BAHAN

1 Ikat daun pucuk manis

2 batang keledek bersaiz sederhana – Di potong separa bulat

15 ekor udang hidup saiz kecil

3 ulas bawang merah – di hiris

3 ulas bawang putih – di hiris

3 cawan air

200 ml santan pekat

Garam secukup rasa

CARA-CARA

  1. Rebus ubi dengan 3 cawan air.
  2. Apabila keledek empuk masukkan santan pekat
  3. masukkan bawang merah, bawang putih
  4. masukkan udang
  5. masuk daun pucuk manis, kacau hingga pucuk manis layu
  6. masukkan garam secukup rasa

IKAN PERCIK


BAHAN-BAHAN

a.4 ekor ikan kembong

b. daun kunyit atau daun pisang

c. 1 inci kunyit hidup

d. 1 batang lengkuas

e. 1 inci halia

f. 4 ulas bawang merah

g. 3 ulas bawang putih

h.10 biji cili kering

i.I cawan air

j.1 batang serai – diketuk

k. sedikit air asam jawa

l. Sedikt minyak masak

m. 150 ml santan pekat

( c- i) Di kisar halus .

CARA-CARA

  1. Ikan disiang dan dibersihkan
  2. Isi garam dan kunyit seperti hendak digoreng
  3. balut dengan daun kunyit atau daun pisang
  4. bakar hingga masak
  5. Isi minyak masak ke dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar
  6. masukkan gula, air asam jawa
  7. masukkan santan pekat
  8. kacau hingga agak pekat
  9. Ikan yang sudah masak dibakar ditangggal daun pembalut- isi dalam pinggan bujur
  10. Tuang kuah percik diatas ikan bakar. Hias ikut kreativiti.

Friday, April 25, 2008

chicken chop ( cikgu marina SMK Bukit Rangin )


Ayam

1 ekor potong 4
lada sulah
garam
( di perap )

sos
brown sos
black pepper muslim
air
Gula dan garam

cara penyediaan
1. ayam celup telur, gaul dengan tepung, gaul dengan bread crumb, goreng.

chicken Chop ( cikgu nasrul smk pandan)


bahan sos

1.1 botol black pepper (giant)
2.1 cawan air
3.1 sudu butter
4.1 sudu madu
5. capsicum-potong, dan tabur bila sos sudah masak

( 1-4 ---> masak )

6. Ayam
7. 1 ekor ayam ( potong 4 )
8. 1 biji lemon
9. italian herb
10. kicap (lea perre)
11. Lada sulah
12. Garam

( 6-12 ---->marinate)

cara penyediaan
13. celup ayam dengan tepung gandum
14. celup telur
15. gaul dengan bread crum (gold/putih)
16. goreng dengan minyak penuh
17. masukkan dalam oven. grill dengan suhu slow ( 10 minit )

( selamat mencuba )

Monday, April 21, 2008

Sizzling Yee Mein (Teet Parn Mein

Ingredients

  • 150g egg noodles (yee foo mein)

    Sauce ingredients:
  • 150g boneless chicken meat
  • 3 small whole Chinese black mushrooms, soaked
  • 25g carrots, cut into flowers and parboiled


    Seasoning:
  • 1 tbsp oyster sauce
  • 1 tsp light soya sauce
  • 1 tsp sesame oil
  • Salt to taste
  • 1/4 tsp sugar
  • Dash of pepper
  • 1 tsp corn flour
  • 1/2 tsp chicken stock granules
  • 1 cup water or stock

    Method
    Preparation of noodle: Scald noodles in boiling water to soften. Remove and put noodles in a colander and run tap water through it. Arrange noodles on a plate. Add 1/2 tbsp oil and 1/2 tsp sesame oil — mix thoroughly and leave aside.

    For the gravy: Heat 2 tbsp oil, add mushrooms and chicken; stir-fry well. Add seasoning and stock. Bring to a boil and simmer for five to 10 minutes. Add carrots and thickening.

    Heat a hot plate over medium heat until really hot. Bring away from heat and place on a wooden base. Place ready-cooked noodles on hot plate and pour sauce over immediately. Noodles and sauce will start sizzling. Serve immediately with sliced red chillies and cilipadi.

  • ( cuba jg tak cuba .. best nih ... )

    Asam Pedas Bertam Ulu







    Asam Pedas Bertam Ulu
    Kiriman: Syahila
    Sumber: Noriah Salim, Kg. Bertam Ulu, Melaka

    Ba
    han-Bahan:
    1 cawan minyak masak
    1 ekor ikan patin sederhana besar
    2 helai daun limau purut
    Garam dan sedikit gula

    Bahan A:-

    1 ½ sudu teh jintan putih
    2 ½ sudu teh jintan manis

    Bahan B:-

    6 biji bawang merah }
    2 ulas bawang putih }
    3 cm halia } dikisar
    7 cm kunyit hidup }
    3 cm belacan }
    2 cm lengkuas }
    Bahan C:-

    30 tangkai cili kering }dikisar
    2 batang serai

    Bahan D:-

    1 mangkuk sederhana besar air asam jawa
    Air secukupnya

    Bahan E:-

    2 kuntum bunga kantan
    Daun kesum secukupnya
    Cara:
    1. Panaskan minyak. Setelah itu, masukkan halba diikuti Bahan A. Setelah naik bau, masukkan Bahan B.

    2. Setelah bahan B kelihatan agak garing, masukkan Bahan C beserta serai. Biarkan cili agak pecah minyak, baru dimasukkan Bahan D dan Bahan E. Biar menggelegak.

    3. Kemudian bolehlah dimasukkan ikan patin, garam dan sedikit gula. Apabila ikan masak, tutupkan api dan akhir sekali terus dimasukkan daun limau purut yg telah disiat-siat sedikit.
    Cadangan Hidangan:
    Untuk hidangan 4 orang
    Tambahan:
    Apabila menumis rempah, jangan tunggu sehingga bahan tersebut hangus.