Sunday, April 27, 2008

KEK CIFFON


KEK CIFFON PISANG
(1 biji kek – acuan 21cm)

Bahan-bahan:

100 gm kuning telur (size B – 6 biji)
80 ml minyak jagung
15 ml jus limau
160 gm pisang emas
130 gm tepung super fine
1 sudu teh serbuk penaik
30 gm kas-kas biru
240 gm putih telur
120 gm gulakastor
secubit garam halus
½ sudu teh cream of tartar

** Lenyek pisang emas dan campurkan jus limau

KEK CIFFON NESCAFE

(1 biji kek – acuan 21cm)

Bahan-bahan:

100 gm kuning telur
80 ml minyak jagung
85 ml air sejuk
11/3 sudu besar nescafe (7gm)
125 gm tepung superfine
1 sudu teh serbuk penaik
240 gm putih telur
135 gm gula caster
secubit garam halus
½ sudu teh cream of tartar

** Ambil sedikit air dari 85 ml dan cairkan nescafe

PERSEDIAAN

1. Bahagikan kuning dan putih telur dengan baik. Putih telur perlu dimasukkan ke
dalam mangkuk yang kering. (Telur mestilah sejuk)
2. Ayak tepung bersama-sama serbuk penaik
3. Panaskan oven ke 180oC
4. Acuan tidak perlu disapu minyak

PERATURAN

1. Membuat adunan kuning telur
- kacau kuning telur dan masukkan minyak sedikit-sedikit sambil dikacau
- masukkan pisang dan kas-kas atau air nescafe dan kacau sebati
- masukkan campuran tepung dan kacau sehingga rata

2. Membuat adunan putih telur (meringue)
- masukkan secubit garam dan cream of tar-tar dan pukul sedikit
- masukkan gula ke dalam putih telur dan pukul dengan speed sederhana hingga
kembang dan menjadi keras
- kalau pukul telur dengan tangan atau hand mixer perlu dimasukkan gula
sedikit-sedikit (3 kali)

3. Campurkan adunan kuning dan putih telur
- masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kacau sebati
- masukkan baki adunan putih telur dan kacau dengan sepatula dari bawah ke atas
hingga adunan putih telur tidak nampak
- tuang adunan ke dalam acuan dan bakar selama kira-kira 45 minit (suhu 180 oC)
- selepas masak terbalikkan dan sejukkan. Selepas sejuk baru boleh dikeluarkan
dari acuan dengan cara mengaut.

Nota :

Resepi ini telah diguna pakai semasa saya mengikuti kursus roti, kek dan biskut dibawah pimpinan Mr. AKIRA MARUYAMA dan Ms. YOKO TANAKA
(Sukarelawan Jepun, JICA)

Disediakan oleh:

PN. ROSNIZAH ISMAIL

No comments: